Bacalah maklumat di lelaman ini dengan teliti dan fikirlah tentang kesihatan dan perubahan fizikal anda, inshaallah anda berjaya dan akan lebih bahagia.
Anda tidak selesa dengan berat badan anda? Anda berasa sukar untuk bergaya? Anda rungsing dengan kesihatan anda? Anda rasa agak sukar untuk membuat kerja-kerja seharian? Anda teringin kelihatan menawan atau macho seperti teman anda yang lain? Atau anda dah bosan kerana sering saja di hina atau di keji, hanya kerana berat badan anda?
Jika itu masaalah yang anda hadapi, jangan bimbang dan ragu, mesti ada jalan pengeselesaianya, yang penting anda mesti usaha, bila berjaya pasti anda bahagia, betul tak?

Friday

Macamana caranya tak nak jadi gemuk.



Bila saya tanyakan soalan ini, ramai yang menjawabnya,
Mungkin sebab terlalu banyak makan makanan yang berminyak.
Mungkin tidak pernah bersenam.

Betul tu, anda haruslah pandai mengimbangi makanan seharian, kalau anda rasa makan banyak hari ini, anda hendaklah cepat-cepat bersenam, jadi seimbang, iyanya dapat membakar lemak, anda hendaklah banyak meminum air suam, selepas itu bersenam, iyanya dapat membakar lemak dengan cepat bila anda berpeluh.

Sekarang baru saya faham, mengapa saya boleh gemuk, saya kurang bersenam, sebabnya saya tidak suka bersenam, saya lebih suka duduk di rumah dan menonton television, bagi saya bersenam membosankan.

Tapi saya silap, tak kan lah bila badan dah naik baru cepat-cepat nak bersenamkan.
Ada formula baru yang saya pelajari.


(1) ikuti class menari line dance, ya itu yang saya laku kan, itu pun jika anda minat menarilah.
      Enjoy tau, rasa penat tapi seronok.

(2) Shopping, kalau tak ada duit, window shopping je lah, berjalankan senaman juga, tapi                   seronokkan.

(3) Berlari-lari anak sambil mendengar lagu kegemaran di MP3, pasti menghiburkan.

(4) Berbasikal di East Coast dan Pasir Ris, sambil meniup udara segar di tepi laut, best kan.

      Dan banyak lagilah, kalau nak tahu, isilah form di atas, pasti saya akan membantu.


**Saya disini sedia membantu anda hingga anda benar-benar langsing.

BDV-998399-BDV









Wednesday

Langsing untuk lelaki juga.


Badan yang langsing, pinggang yang ramping, rupa yang cantik dan keperibadian yang mempersonakan, itulah ciri-ciri wanita idaman semua jejaka, lebih lagi kalau lelaki itu tampan, bergaya dan macho, kata orang mereka adalah lelaki yang mudah memikat gadis yang cantik, kata orang sama padan kan, tidak dapat di nafikan lelaki yang berbadan gempal juga adakalanya dapat memikat si cantik manis. 

Buat jejaka yang berbadan gempal tetapi baik hati, saya disini ingin menasihatkan anda, kalau anda sudah mempunyai teman wanita yang cantik dan pandai menjaga bentuk tubuh badannya, mengapa tidak anda? Bukan hanya untuk menunjuk-nunjuk tetapi amat penting untuk kesihatan juga. Yang masih solo tu cepat-cepatlah ubah penampilan, bukan untuk orang lain, untuk diri sendiri juga. Selalu saja kita dengar si suami tidak  puas hati dengan penampilan isteri selepas berkahwin, "belum kawin kurus dah kawin gemuk pula" habis macamana pula dengan si suami yang kadang kalanya berperut buncit. ( maaf cakaplah ye...).

Fikirkanlah wahai kaum adam yang budiman, jaga penampilan agar anda sentiasa kuat dan sihat walaupun umur sudah senja. 


**Saya disini sedia membantu anda hingga anda benar-benar langsing.

Diet secara sihat.



Mungkin ramai yang beranggapan, kurang makan.. kuranglah berat badan..
Jadi apa yang mereka lakukan adalah berdiet, kata orang sekat makan, makan sikit, tak makan, makan dan muntahkan, boleh ke anda kurus? tentu saja boleh... TETAPI anda harus ingat, diet begitu tidak sihat sama sekali, iyanya akan membuat anda pucat dan lemah, mahukah anda jadi begitu??? LEMAH DAN TAK BERMAYA. Apa gunanya berbadan kurus tapi lemah. Ingatlah, kalau mahu kuruskan badan, itu bukan caranya, pemakanan yang seimbang amatlah penting.
Berdiet tetapi anda juga memerlukan makanan yang berkhasiat, itu penting.

Kadang kala kita rasa tercabar bila orang mengumpat di belakang kita, menyatakan yang kita ni gemuk, ada yang depan-depan sanggup memanggil kita gemuk, hanya sebab itu kita tak makan?
Selapas dah lupa segala hinaan, kita mula banyak makan seperti biasa. Buang masa kan, kata orang kalau dah bertekad nak kurus, teruskan, janggan sekat-sekat keinginan anda, bila sudah berjaya, tidak ada siapa yang rugi, yang paling beruntung adalah diri anda sendiri.


**Saya disini sedia membantu anda hingga anda benar-benar langsing.


Siapa Liza dan mengapa ingin membantu?

                                
                                          Gambar ini diambil semasa saya belum langsing.
                                                     
                                                Selepas programme yang amat berkesan.
                       
Hi semua, nama saya Liza, mengapa saya ingin menolong orang yang mempunyai berat badan yang agak melampau, dalam kata kasar "GEMUK", suka tak anda bila di panggil gemuk, tak lawa, tunggu dulu... jangan menyangka orang yang berbadan besar tu tak cantik, tak manis dan tak molek, mereka seperti kita jua, ingin kelihatan cantik, tapi apakan daya, mereka jadi begitu bukanlah kehendak mereka. Jadi janganlah menghina...

Pernah saya terdengar orang berkata, "Eh kau dah lah gemuk tapi makan banyak" Ish issh! tak baik tau, mereka pun ada nafsu makan juga.. ada kawan saya tu kurus tapi makan banyak, tak juga gemuk, apa sebabnya??

Ada yang gemuk kerana keturunan, boleh kurus tak kalau dah keturunan?
Ada yang gemuk kerana putus cinta, tertekan dan sebagainya. Pelik jugakan?
Ada yang dulu kurus, tiba-tiba je jadi gemuk, kurus dan gemuk semula. Macam belon pula? 
Ada yang gemuk terus menjadi kurus, Ah yang inilah kita nak dengarkan?

Mengapa saya ingin menolong orang yang berbadan besar?
Dari pengalaman saya yang dulunya kurus macam lidi, betul tak bohong, tiba-tiba berisi dan terus gemuk, tiba-tiba je tanpa saya sedari, mungkin ada sebab-sebabnya, entah lah saya pun tak tau.. bukan kerana saya sudah berumahtangga, masih solo lagi.

Bila berkenalan je dengan lelaki, saya rasa malu sendiri, rasa takut pun ada, takut kena reject, saya malu dengan penampilan saya sendiri, ingin saya kuruskan badan, kerana dulu saya dah biasa kurus, tiba-tiba badan naik pula. STRESS BETUL!! orang kata senaman, jaga pemakan dan banyak lagi, itu semua sudah saya lakukan, tetapi hanya turun sedikit, saya dah malas and give up, makan bertahun, mungkin saya tak pakar dan cepat mengalah, sebab itu jadi begini.

Akhirnya saya jumpa satu formula, wow!! berkesan, happy sangat-sangat. Itulah sebabnya saya ingin membantu anda. Semuanya tiada paksaan, hanya anda sendiri yang membuat keputusan untuk betul-betul slim, azam yang kuat pasti anda berjaya..


**Saya disini sedia membantu anda hingga anda benar-benar langsing.